ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA NEGERI PERAK 2013

Comment

PENGHARGAAN

18 Mei 2013 – PPSM menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) kerana dinobat sebagai JOHAN ANUGERAH BELIA NEGARA PERTUBUHAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2013 – KATEGORI ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Perak 2013.

Majlis penganugerahan tersebut telah diadakan pada hari Sabtu 18 Mei 2013 bersamaan 8 Rejab 1434 bertempat di Dataran JKR, Sg. Siput, disampaikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry b. Abd. Kadir. Dengan anugerah ini, KPIP membawa pulang wang tunai RM10,000, Plak Cenderamata, Sijil Penghargaan dari Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri; serta hadiah berupa sebuah TV dan peranti ICT, sumbangan K-Perak. Ini merupakan kejayaan KPIP kali kedua selepas dinobatkan Johan Anugerah Belia Negara Pertubuhan Peringkat Negeri Perak pada tahun 2008 dalam kategori sama.

KPIP dalam mendepani era ledakan maklumat terus unggul menjadi pertubuhan aktif negeri ini. Kejayaan ini akan terus memberi suntikan semangat kepada Kesatuan untuk menerajui kecemerlangan dalam lapangan ilmu dan aktiviti kemasyarakatannya. KPIP yang dilahirkan pada tahun 1965 merupakan pertubuhan belia dan pendidikan yang terbuka kepada pelajar dan belia warga negeri Perak. Program yang dijalankan memfokuskan kepada kepimpinan, pengembangan keilmuan, pentarbiahan agama, latihan dan motivasi yang membina keterampilan diri bagi melahirkan modal insan berjaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *