Institusi PPSM yang beralamat di No. 2209/10 dan No. 2211/12, Jalan Dato’ Seri Sha’ari, 30350 Ipoh mempunyai kedudukan strategik dalam kawasan segitiga pusat pendidikan yang mana ia terletak dalam kawasan persekitaran ilmu dengan Pusat Pelajar Islam (PPI)-KPIP (2 minit), Sekolah Rendah Imtiyaz (1 minit), Tadika & Taska Kinderland (2½ minit), Kolej Vokasional (3½ minit), Sekolah Izzuddin Shah (4 minit) dan Tenby Kindergarten (3½ minit). Di samping itu, PPSM terletak tidak jauh dengan Sekolah Raja Perempuan Taayah di Jalan Raja Dihilir, Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh; Sekolah Menengah Raja Chulan di Jalan Diary, Ipoh; dan Politeknik Ungku Omar (PUO) di Jalan Diary, Ipoh. Persekitaran ilmu ini secara tidak langsungnya menjana proses pembentukan masyarakat dan komuniti berpengetahuan dan berteladanan.
Suasana ukhuwwah dan persaudaraan juga dibenihkan apabila berdirinya institusi Masjid Sultan Azlan Shah di Jalan Diary, Ipoh yang menjadi pusat penyatuan kepada umat Islam dari pelbagai institusi dan latar belakang menunaikan ibadah bersama. Di suatu perspektif, kedudukan PPSM yang terletak di tengah-tengah bandar raya Ipoh memberi suatu kelebihan kepada PPSM yang menghubungkan institusi ini ke pekan berjarak 800 meter (5 minit) dan jabatan-jabatan/agensi-agensi kerajaan berjarak 2½ km (8 minit). Kedudukan ini merupakan nilai tambah kepada perhubungan akses PPSM sebagai pusat pengembangan ilmu.
