Program Korban Pemuda Perak
12 Ogos 2019 – Program Korban Pemuda Perak telah diadakan di perkarangan PPSM dengan ibadah penyembelihan lembu pada Hari Raya ke 2. Sebanyak 6 ekor lembu digembeleng dan dikorbankan dengan disertai majoriti anak-anak muda dari pelbagai latar dan sama-sama bergotong-royong sempena meraikan kebesaran Hari Raya Aidiladha 1440H. Dalam program tersebut, suasana ukhuwwah mekar bersemi dan harmoni dengan menerapkan saling bantu-membantu bagi menjayakan ibadah korban ini. Daging-daging korban seterusnya diagihkan kepada penduduk setempat dan kepada golongan kepayahan. Di samping itu juga aktiviti mempersiapkan masak sup tulang turut diadakan di masa sela-sela program ini.
Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Sdr. Aswannudin Hariffudin mengalu-alukan program seumpama ini diadakan. Di sebalik ibadah murni ini menganjarkan pahala, ia membentuk muafakat dan mengenali lebih rapat para belia dan partisipasi diri di kalangan pertubuhan dan NGO. Program Korban Pemuda Perak dianjurkan dengan Kerjasama PKR, Majlis Belia Negeri Perak, ABIM dan KPIP.



Â






