PPSM » Blog Archives

Author Archives: admin

PEMBUKAAN KAFA MENENGAH

5 Apr 2021 – Kelas KAFA  Menengah PPI telah meniti kejayaan apabila diadakan hari ini bertempat di PPSM dengan bermula seramai 4 orang pelajar Tingkatan 1.  KAFA atau nama penuhnya Kelas Al Quran dan Fardhu Ain Peringkat Menengah ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) (JAPk/PEL/70/5/9 (80) – 11/12/2020) untuk dilaksanakan dan ia merupakan program bagi memperkukuhkan pendidikan Islam merangkumi amalan Fardhu Ain dan membentuk keperibadian muslim serta berpengetahuan agama.

Continue reading

Published by:

HIJAUKAN BUMI: KAWASAN LAPANG YANG BOLEH DILESTARIKAN DENGAN TANAMAN DAN LANDSKAP HIJAU

Hijaukan Bumi (Green Earth) merupakan suatu jalan bagi menggerakkan bumi yang sejahtera berlandaskan kecintaan alam dan bumi yang kita diami. Usaha penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan  alam sekitar seharus diutamakan oleh negara-negara maju dan negara-negara membangun.  Di samping itu, menyemai elemen kehijauan begitu penting untuk dilestarikan secara berterusan. Malaysia yang mempunyai populasi seramai 32 juta orang, terletak di garisan khatulistiwa dengan kepanasan dan lembap sepanjang tahun merupakan sebuah negara pesat membangun.

Continue reading

Published by:

MENGECAM SEKERAS-KERASNYA USAHA ISRAEL UNTUK MENJADIKAN BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU KOTA RASMINYA

PPSM mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya usaha Israel untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota rasminya. Sejak dahulu lagi, peristiwa penjajahan Zionis-Israel ke atas Palestin telah menindas umat Islam lebih satu abad dan merubah landskap pemerintahan di Asia Barat sehingga peta negara Palestin berubah sama sekali, daripada sebuah negara Islam yang bebas dan merdeka kepada jajaran-jajaran kecil akibat penjajahan dan rampasan tanah sehingga memisahkan umat Islam kepada koloni Gaza dan Tebing Barat. Continue reading

Published by:

RESENSI BUKU: KUASA IQRA

24 Ogos 2017 – Bibliophilia buku Kuasa Iqra – Menguasai Dunia, Menikmati Akhirat telah diadakan di Sekretariat KPIP kepada kumpulan audien yang terdiri daripada beberapa ahli KPIP dan aktivis ABIM. Resensi ini telah dibentang oleh Sdr. Faisal Haji Mohamed yang juga merupakan Bendahari KPIP. Buku Kuasa Iqra dengan setebal muka surat 136 muka surat telah dihasilkan oleh tokoh ulama yang tidak asing lagi, Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Continue reading

Published by:

PERTEMUAN DENGAN MAIPk

22 Jun 2017 – Suatu pertemuan telah diadakan dengan A.F. Ustaz Suhaimi b. Yusoff, Pengurus Besar Bahagian Mal & Wakaf, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Pertemuan yang dihadiri oleh Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP), Ustaz Khairil Amri b. Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif PPSM, Tuan Haji Abdul Rahman Najib b. Haji Mohd Noor dan Sdr. Faisal b. Haji Mohamed adalah bagi membenihkan persefahaman dan mengembangkan kelestarian buah pendidikan di antara MAIPk dengan PPSM-KPIP. Turut serta dalam pertemuan ini adalah Pegawai Waqaf, Puan Zaleha bt. Wan Din. Continue reading

Published by:

PELANCARAN PINTAR AKADEMIK WAQAF ILMU – MUMTAZ (WAQAF PERAK AR-RIDZUAN)

8 Apr 2017 –   Majlis Pelancaran Pintar Akademik Pintar Akademik Waqaf Ilmu – Mumtaz (Waqaf Perak Ar-Ridzuan)  telah diadakan di Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM) – KPIP pada hari Sabtu, 8 April 2017 dalam suasana meriah. Majlis ini disempurnakan oleh pelancarannya oleh A.F. Ustaz Suhaimi b. Yusoff, Pengurus Besar Bahagian Mal dan Wakaf, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mewakili Y.Bhg. Dr. Amiruddin b. Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPk. Continue reading

Published by:

PROJEK SAINS BOTANI

22 Mac 2017 – Pada cuti pertengahan penggal pertama, satu program dinamakan Projek Sains Botani telah diadakan di PPSM. Program yang diadakan ini bagi memanfaat cuti persekolahan dengan aktiviti Sains Pertanian. Melalui program ini, kumpulan para pelajar tingkatan 3 telah mengikuti aktiviti ini dengan dimulai tontonan Multimedia berkaitan dengan Fotosintesis yang telah diadakan di Bilik Seminar Al-Jazari, PPSM. Continue reading

Published by:

LAWATAN KE PEJABAT RISDA NEGERI PERAK

15 Dis 2016 – Satu program lawatan ilmiah warga PPSM telah diadakan kepada Pejabat RISDA Negeri Perak. Ketibaan warga PPSM seramai sembilan anggota pada jam 11.00 pagi telah diraikan oleh pegawai dan staf RISDA dengan sambutan penuh mesra. Sebagai landasan pencerahan, tujuan lawatan ini untuk mendapatkan pendedahan berkaitan maklumat, produk, penyelidikan & pembangunan (R&D) dan aktviti pameran/galeri oleh Pejabat RISDA Negeri Perak. Continue reading

Published by: