PPSM » Blog Archives

Author Archives: admin

PPSM TERIMA 8 PELAJAR BERASRAMA PENUH IKUTI PINTAR AKADEMIK

28 Dis 2015 – Sempena Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2015, PPSM telah menerima 8 pelajar sekolah berasrama penuh bagi memanfaat musim cuti untuk mengikuti program Pintar Akademik. Dari jumlah tersebut, tujuh daripadanya adalah para pelajar yang akan naik ke tingkatan 3 dan satu daripadanya ialah pelajar yang akan naik ke tingkatan 5. Mereka yang tinggal di sekitar Ipoh itu merupakan pelajar dari Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah (Ipoh), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) (Ipoh), Sekolah Izzuddin Shah (Ipoh) dan Madrasah Idrisiah (Kuala Kangsar). Di samping itu terdapat dua pelajar sekolah harian mengikuti program ini. Continue reading

Published by:

KEM NUANSA TARBIYATUL INSAN 1.0

22 Dis 2015 – Bagi memanfaatkan cuti persekolahan akhir tahun 2015, PPSM menganjurkan Kem Nuansa Tarbiyatul Insan 1.0 (NUANSA) di peringkat rendah. Kem ini dijalankan selama dua hari dengan penerapan tarbiyatul akhlak dan nilai-nilai Islam. Seramai 17 peserta telah berjaya mengikuti Kem ini dengan pendekatan modul Amali Ibadah, Titipan Adab, Telusuri Sirah, Motivasi Inspirasi, Interaktif Insan dan Riadhah Muslim.

Continue reading

Published by:

PENGKULIAHAN ILMU – AMALAN 5S

3 Dis 2015 – Pengkuliahan ilmu – Amalan 5S telah dibentangkan oleh En. Faisal Haji Mohamed, Pegawai Khidmat Profesional bertempat bilik seminar Al-Jazari, PPSM. Program ini telah diikuti oleh staf PPSM bagi mendapat pemahaman berkaitan Amalan 5S yang kini dominan dan terus menjadi amalan budaya dalam pelbagai peringkat jabatan, agensi, pusat, institusi dan korporat. Continue reading

Published by:

PANGKOR INTERNATIONAL DEVELOPMENT DIALOGUE (PIDD 2015)

19 Oktober 2015 – Sempena Pangkor International Development Dialogue (PIDD 2015) yang berlangsung pada 19 – 21 Oktober 2015, PPSM mengambil kesempatan bagi menghadir diri ke program tersebut dalam sesi slot “Pembangunan Masyarakat Mapan Menerusi Perpaduan Ummah” yang disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Ustaz Mohammad Kazim b. Elias bertempat di Hotel Casuarina, Bandar Meru Raya, Ipoh. Continue reading

Published by:

PROGRAM SERONOK SAINS, ICT DAN MATEMATIK (PROSIM)

6 Sep 2015 – Program Seronok Sains, ICT dan Matematik (PROSIM) yang dilaksanakan telah mendapat sambutan hangat daripada ibu dan bapa/keluarga yang menghantar anak-anak mengikuti program ini. PROSIM yang dijalankan ini mengambil penyertaan para pelajar seramai 151 orang bermula 7 – 12 tahun (darjah 1 – 6) yang diadakan selama dua hari (5 dan 6 September 2015) bertempat di Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM), Ipoh. Continue reading

Published by:

MESYUARAT PROSIM

24 Ogos 2015 – Isnin, suatu mesyuarat telah diadakan bagi menganjurkan Program Seronok Sains, ICT dan Matematik (PROSIM), sebuah program bagi menyemaikan kreativiti dan kecintaan Sains, ICT, Matematik. PROSIM bagi tahun ini akan diadakan pada 5 dan 6 September 2015, di mana golongan sasaran adalah murid-murid peringkat rendah di sekitar Ipoh. Mesyuarat PROSIM tersebut dipengerusi oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPSM, Tuan Haji Abdul Rahman Najib b. Haji Mohd. Noor, dengan dihadiri oleh Tuan Haji Mohamed Hilmi, Sdr. Khairil Amri, Sdr. Ahmad Shah, guru-guru Pintar Akademik dan guru-guru PPI serta staf-staf PPSM. Continue reading

Published by:

ANUGERAH KHAS BELIA KERAJAAN NEGERI PERAK 2015

Tokoh Anugerah Khas Belia Kerajaan Negeri Perak 2015
sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Perak 2015

26 Apr 2015 – PPSM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Rahman Najib b. Haji Mohd Noor yang telah diberi pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Khas Belia bagi Kategori Tokoh Jasa Belia daripada Kerajaan Negeri Perak sempena Hari Belia Peringkat Negeri Perak 2015 baru-baru ini. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry b. Abd. Kadir bertempat di Kompleks Belia & Sukan Negeri Perak, Ipoh. Kecekalan dan kegigihan insan bernama Abdul Rahman Najib dalam menyumbang bakti kepada masyarakat amat dihargai. Sejak di peringkat pelajar/belia, beliau merangsangkan paltform berpersatuan, pertubuhan dan institusi pendidikan sebagai pendekatan dalam menggerakkan kegiatan dakwah, aktivisme, kemasyarakatan dan penyuburan ilmu tanpa mengenal lelah dan jemu bagi melihat ketinggian peradaban bangsa, agama dan watan.

Continue reading

Published by:

KLINIK CELIK ICT

TMK

19 Apr 2015 – Seramai 5 peserta peringkat sekolah rendah telah disenaraikan bagi menyertai Klinik Celik ICT yang diadakan di PPSM. Klinik Celik ICT yang dianjurkan ini mengisikan aktiviti para peserta dengan pengenalan perkakasan komputer, penggunaan internet, aplikasi multimedia dan slot pembentangan kreativiti. Melalui modul perkakasan komputer, ia memberi maklumat tentang komponen-komponen berkaitan dengan CPU, Monitor, Keyboard, Mouse dan Speaker bagi melengkapkan pemasangan sebuah set komputer. Continue reading

Published by: