PPSM » Blog Archives

Author Archives: admin

PERTEMUAN DENGAN CEO K-PERAK

22 Jan 2015 – Satu pertemuan telah diadakan pada hari Khamis, 1 Rabiulakhir 1436, jam 4.30 petang di pejabat K-Perak, Meru Raya, Ipoh. Pertemuan di antara CEO K-Perak, Y.Bhg. Tuan Mohd Nazaruddin b. Mohd Yusoff dengan Kepimpinan KPIP dan Jawatankuasa Pendidikan Institusi KPIP adalah bagi menjalinkan program usaha bersama mengangkasakan bidang pendidikan antara KPIP dengan K-Perak, khususnya Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM), sebuah institusi kedua milik KPIP. Continue reading

Published by:

ENGLISH IN CAMP 2014

ENGLISH IN CAMP 2014 (Group1) : FROM 24th DECEMBER 2014 – 26th DECEMBER 2014. Jointly Organised by Bistamam Training & Consultancy, KPIP and PPSM.
The programmme held at Pusat Pintar Sains & Matematik (PPSM), Jln Dato’ Seri Sha’ari, 30350 Ipoh. English is practised in a fun way and students from 9-11 years participating with great activities for 3 days and 2 nights.

~ Learning English is Fun. Continue reading

Published by:

KELAS KOMPUTER TADIKA

TMK

16 Okt 2014 – Kelas Komputer untuk Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) 4, 5 dan 6 Tahun Pusat Pelajar Islam (PPI) telah diadakan secara bersiri bertempat di Makmal E-Learning Al Khawarizmi dan Makmal E-Learning Al Biruni, PPSM. Program ini dijayakan secara bersama di antara PPSM dan PPI bagi mendedahkan murid-murid dengan modul Teknologi Maklumat dan ICT di peringkat asas yang memberi pengetahuan berkaitan perkakasan, kemahiran menggunakan komputer, penggunaan aplikasi perisian peringkat awal kanak-kanak dan penggunaan interaktif multimedia yang menghiburkan. Continue reading

Published by:

PROSIM 2014

27 Sep 2014 – Program Seronok Sains ICT Matematik (PROSIM) pada tahun ini telah berlangsung pada 26-27 September dengan penyertaan seramai 40 orang peserta. Pada sesi kali ini PROSIM dijayakan dengan pendekatan Mentor-Mentee iaitu satu Mentor untuk satu kumpulan pelajar. Para peserta musim ini terdiri daripada murid-murid PPI, Al-Hidayah, anak-anak warga Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan anak-anak Institut Teknologi Perak (ITP). Mentor pula diambil di kalangan Fasilitator yang terdiri daripada pelajar Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JMTK) Politeknik Ungku Omar (PUO). Ia merupakan suatu kerjasama berpasukan di antara PPSM-KPIP dengan JMTK PUO bagi membentuk sifat kesukarelawan dalam lapangan kemasyarakatan.

Continue reading

Published by:

BENGKEL CHEF CILIK

4 Jun 2014 – Warna-warni dan Meriah! Begitulah tergambar dalam suasana bengkel Memasak Chef Cilik yang diadakan di Dewan Seminar Al Jazari PPSM. Tatkala cuti persekolahan bermula, para peserta terdiri kanak-kanak berumur 8 -12 tahun saling berpartisipasi, bekerjasama dan masing-masing menunjukkan bakat sebagai ‘Chef Cilik’.

Continue reading

Published by:

KELAS KOMPUTER PPI

TMK

16 Mac 2014 – Kelas Komputer untuk anggota Pusat Pelajar Islam (PPI) telah diadakan  bertempat di Makmal E-Learning PPSM. Program ini bertujuan memberi pengenalan ICT dan kemahiran menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan peringkat asas. Continue reading

Published by:

MAJLIS KEILMUAN AGAMA

16 Dis 2013 – Bertempat di Bilik Seminar Al Jazari PPSM, suatu program pencerahan ilmu telah diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perak (MBN).

Program berbentuk keilmuan agama bertemakan Islam dalam mendepani isu-isu semasa telah disampaikan oleh A.F. Ustaz Asyraf Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak.

Continue reading

Published by:

PPSM SEBAGAI PUSAT PENILAIAN UNTUK PERTUBUHAN KPIP KE PERINGKAT PERDANA

18 Mei 2013 – Satu kunjungan, lawatan dan penilaian telah diadakan pada 26 Februari 2013 di mana PPSM sebagai pusat untuk penilaian bagi pencalonan pengiktirafan pertubuhan Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak KPIP) ke peringkat perdana oleh Jawatankuasa Penilaian dari Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak dan Kementerian Belia & Sukan. Penilaian ini  bagi menelusuri, menyemak dan menilai bagi organisasi, pengurusan, perjalanan, trek rekod dan pengembangan KPIP yang hampir mencecah 5 dasawarsa sebagai pertubuhan (NGO) aktif di negeri Perak ini. Continue reading

Published by:

PERASMIAN INSTITUSI PUSAT PINTAR SAINS DAN MATEMATIK (PPSM)

23 Feb 2013 ― Pada hari Sabtu, 23 Februari 2013 bersamaan 12 Rabiulakhir 1434, maka bermula sejarah penubuhan Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM) di dua (2) buah bangunan kerajaan di Jalan Dato’ Seri Sha’ari, Ipoh. Perasmian ini disempurnakan oleh Exco Perak, Y.B. Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau dalam ucapan perasmiannya mengalu-alukan sebuah pusat kecemerlangan ilmu yang seumpama ini didirikan dan berharap kehadiran PPSM di tengah-tengah kepesatan bandar mampu melonjak pendidikan yang dapat membantu masyarakat menimba pengetahuan dari semasa ke semasa melalui program yang dianjurkan oleh institusi ini. Continue reading

Published by: