Category Archives: JALINAN KERJASAMA

PERTEMUAN DENGAN MAIPk

22 Jun 2017 – Suatu pertemuan telah diadakan dengan A.F. Ustaz Suhaimi b. Yusoff, Pengurus Besar Bahagian Mal & Wakaf, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Pertemuan yang dihadiri oleh Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP), Ustaz Khairil Amri b. Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif PPSM, Tuan Haji Abdul Rahman Najib b. Haji Mohd Noor dan Sdr. Faisal b. Haji Mohamed adalah bagi membenihkan persefahaman dan mengembangkan kelestarian buah pendidikan di antara MAIPk dengan PPSM-KPIP. Turut serta dalam pertemuan ini adalah Pegawai Waqaf, Puan Zaleha bt. Wan Din. Continue reading

Published by:

PELANCARAN PINTAR AKADEMIK WAQAF ILMU – MUMTAZ (WAQAF PERAK AR-RIDZUAN)

8 Apr 2017 –   Majlis Pelancaran Pintar Akademik Pintar Akademik Waqaf Ilmu – Mumtaz (Waqaf Perak Ar-Ridzuan)  telah diadakan di Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM) – KPIP pada hari Sabtu, 8 April 2017 dalam suasana meriah. Majlis ini disempurnakan oleh pelancarannya oleh A.F. Ustaz Suhaimi b. Yusoff, Pengurus Besar Bahagian Mal dan Wakaf, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mewakili Y.Bhg. Dr. Amiruddin b. Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPk. Continue reading

Published by:

PERTEMUAN DENGAN CEO K-PERAK

22 Jan 2015 – Satu pertemuan telah diadakan pada hari Khamis, 1 Rabiulakhir 1436, jam 4.30 petang di pejabat K-Perak, Meru Raya, Ipoh. Pertemuan di antara CEO K-Perak, Y.Bhg. Tuan Mohd Nazaruddin b. Mohd Yusoff dengan Kepimpinan KPIP dan Jawatankuasa Pendidikan Institusi KPIP adalah bagi menjalinkan program usaha bersama mengangkasakan bidang pendidikan antara KPIP dengan K-Perak, khususnya Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM), sebuah institusi kedua milik KPIP. Continue reading

Published by: