Hijaukan Bumi (Green Earth) merupakan suatu jalan bagi menggerakkan bumi yang sejahtera berlandaskan kecintaan alam dan bumi yang kita diami. Usaha penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar seharus diutamakan oleh negara-negara maju dan negara-negara membangun. Di samping itu, menyemai elemen kehijauan begitu penting untuk dilestarikan secara berterusan. Malaysia yang mempunyai populasi seramai 32 juta orang, terletak di garisan khatulistiwa dengan kepanasan dan lembap sepanjang tahun merupakan sebuah negara pesat membangun.