Category Archives: ORGANISASI PROGRAM

PERTEMUAN DENGAN MAIPk

22 Jun 2017 – Suatu pertemuan telah diadakan dengan A.F. Ustaz Suhaimi b. Yusoff, Pengurus Besar Bahagian Mal & Wakaf, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Pertemuan yang dihadiri oleh Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP), Ustaz Khairil Amri b. Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif PPSM, Tuan Haji Abdul Rahman Najib b. Haji Mohd Noor dan Sdr. Faisal b. Haji Mohamed adalah bagi membenihkan persefahaman dan mengembangkan kelestarian buah pendidikan di antara MAIPk dengan PPSM-KPIP. Turut serta dalam pertemuan ini adalah Pegawai Waqaf, Puan Zaleha bt. Wan Din. Continue reading

Published by:

MESYUARAT PROSIM

24 Ogos 2015 – Isnin, suatu mesyuarat telah diadakan bagi menganjurkan Program Seronok Sains, ICT dan Matematik (PROSIM), sebuah program bagi menyemaikan kreativiti dan kecintaan Sains, ICT, Matematik. PROSIM bagi tahun ini akan diadakan pada 5 dan 6 September 2015, di mana golongan sasaran adalah murid-murid peringkat rendah di sekitar Ipoh. Mesyuarat PROSIM tersebut dipengerusi oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPSM, Tuan Haji Abdul Rahman Najib b. Haji Mohd. Noor, dengan dihadiri oleh Tuan Haji Mohamed Hilmi, Sdr. Khairil Amri, Sdr. Ahmad Shah, guru-guru Pintar Akademik dan guru-guru PPI serta staf-staf PPSM. Continue reading

Published by: