2 Mac 2016 – Bagi warga PPSM mengambil kesempatan dalam ruang waktu ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Mohamed Ibrahim b. Abd Latif (Guru Pendidikan Islam Pintar Akademik) yang mendapat Anugerah Tauliah Mengajar Agama Islam oleh Jabatan Mufti Negeri Perak baru-baru ini di Kompleks Islam Darul Ridzuan pada 27 Februari 2016.