Category Archives: PROSIM

PROGRAM SERONOK SAINS, ICT DAN MATEMATIK (PROSIM)

6 Sep 2015 – Program Seronok Sains, ICT dan Matematik (PROSIM) yang dilaksanakan telah mendapat sambutan hangat daripada ibu dan bapa/keluarga yang menghantar anak-anak mengikuti program ini. PROSIM yang dijalankan ini mengambil penyertaan para pelajar seramai 151 orang bermula 7 – 12 tahun (darjah 1 – 6) yang diadakan selama dua hari (5 dan 6 September 2015) bertempat di Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM), Ipoh. Continue reading

Published by:

MESYUARAT PROSIM

24 Ogos 2015 – Isnin, suatu mesyuarat telah diadakan bagi menganjurkan Program Seronok Sains, ICT dan Matematik (PROSIM), sebuah program bagi menyemaikan kreativiti dan kecintaan Sains, ICT, Matematik. PROSIM bagi tahun ini akan diadakan pada 5 dan 6 September 2015, di mana golongan sasaran adalah murid-murid peringkat rendah di sekitar Ipoh. Mesyuarat PROSIM tersebut dipengerusi oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPSM, Tuan Haji Abdul Rahman Najib b. Haji Mohd. Noor, dengan dihadiri oleh Tuan Haji Mohamed Hilmi, Sdr. Khairil Amri, Sdr. Ahmad Shah, guru-guru Pintar Akademik dan guru-guru PPI serta staf-staf PPSM. Continue reading

Published by:

PROSIM 2014

27 Sep 2014 – Program Seronok Sains ICT Matematik (PROSIM) pada tahun ini telah berlangsung pada 26-27 September dengan penyertaan seramai 40 orang peserta. Pada sesi kali ini PROSIM dijayakan dengan pendekatan Mentor-Mentee iaitu satu Mentor untuk satu kumpulan pelajar. Para peserta musim ini terdiri daripada murid-murid PPI, Al-Hidayah, anak-anak warga Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan anak-anak Institut Teknologi Perak (ITP). Mentor pula diambil di kalangan Fasilitator yang terdiri daripada pelajar Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JMTK) Politeknik Ungku Omar (PUO). Ia merupakan suatu kerjasama berpasukan di antara PPSM-KPIP dengan JMTK PUO bagi membentuk sifat kesukarelawan dalam lapangan kemasyarakatan.

Continue reading

Published by: