22 Jun 2017 – Suatu pertemuan telah diadakan dengan A.F. Ustaz Suhaimi b. Yusoff, Pengurus Besar Bahagian Mal & Wakaf, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Pertemuan yang dihadiri oleh Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP), Ustaz Khairil Amri b. Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif PPSM, Tuan Haji Abdul Rahman Najib b. Haji Mohd Noor dan Sdr. Faisal b. Haji Mohamed adalah bagi membenihkan persefahaman dan mengembangkan kelestarian buah pendidikan di antara MAIPk dengan PPSM-KPIP. Turut serta dalam pertemuan ini adalah Pegawai Waqaf, Puan Zaleha bt. Wan Din. Continue reading
Category Archives: TITIPAN UKHUWWAH
MENERIMA KUNJUNGAN PBBBK
3 Okt 2016 – PPSM telah menerima kunjungan Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda (PBBBK) Wilayah Persekutuan Labuan. Ia merupakan kunjungan PBBBK kepada Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) di mana institusi PPSM termasuk dari acara program sehari lawatan PPPBK tersebut. Continue reading
MAJLIS ‘IDILFITRI WARGA PPSM-PPI-KPIP
31 Jul 2015 – PPSM pada tahun ini berperanan menjadi tuan rumah bagi mengadakan Majlis ‘Idilfitri Warga PPSM-PPI-KPIP. Majlis yang diadakan sebelah malam di perkarangan PPSM telah berjaya menghimpunkan keluarga besar PPSM-PPI-KPIP yang terdiri daripada anggota keluarga staf, exco-exco KPIP, guru-guru dan anak-anak murid yang datang dari jauh dan dekat. Continue reading