HIJAUKAN BUMI: KAWASAN LAPANG YANG BOLEH DILESTARIKAN DENGAN TANAMAN DAN LANDSKAP HIJAU

Comment

ARTIKEL LESTARI ALAM

Hijaukan Bumi (Green Earth) merupakan suatu jalan bagi menggerakkan bumi yang sejahtera berlandaskan kecintaan alam dan bumi yang kita diami. Usaha penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan  alam sekitar seharus diutamakan oleh negara-negara maju dan negara-negara membangun.  Di samping itu, menyemai elemen kehijauan begitu penting untuk dilestarikan secara berterusan. Malaysia yang mempunyai populasi seramai 32 juta orang, terletak di garisan khatulistiwa dengan kepanasan dan lembap sepanjang tahun merupakan sebuah negara pesat membangun.

Bagi sebuah negara yang banyak terdedah kepada matahari, dengan pembangunan yang rancak dijalankan, pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan amat diperlukan untuk memberi teduhan, perlindungan dan keseimbangan alam. Menurut Rahmad Zakaria (2008), pengurangan litupan pokok akan mempengaruhi kenaikan suhu di sesebuah kawasan. Manakala penanaman pepohon dan tumbuh-tumbuhan dalam kuantiti yang banyak, sebenarnya boleh mengubah iklim mikro di sesuatu lokasi kawasan.

Antara kaedah melestari alam hijau adalah penggunaan kawasan lapang untuk dimanfaatkan dengan tanaman hijau. Tanaman hijau sepatutnya diusahakan dengan lebih agresif dan berterusan berbanding menjadi tempat itu menjadi suram dan kelam atau meletakkan kawasan itu dengan litupan bertar dan bersimen. Malah, jika ditelusuri di beberapa tempat, banyak kawasan lapang yang kosong boleh ditanam pokok. Antaranya seperti kawasan rizab tanah, kawasan rekreasi, dataran, tempat parkir, pejalan kaki, taman rekreasi, pesisiran daratan, sekitar padang permainan dan pembahagi jalan.

Menyemai dan memakmurkan elemen kehijauan di kawasan taman perumahan, bangunan pejabat awam, firma swasta, pusat khidmat setempat, institusi pendidikan, pusat sukan, stesen perhentian, tapak warisan, kawasan pasar raya sehingga ke nuansa industri boleh dilestarikan dengan tanaman pokok dan tumbuh-tumbuhan. Semoga usaha murni ini dapat memakmurkan kesejahteraan alam dan warganya. Diharapkan usaha bagi menghijau semula landskap bumi merupakan inisiatif murni bagi mengurangkan ketinggian suhu bumi  dan seterusnya menghargai khazanah alam.

Di bawah, merupakan antara kaedah yang boleh dimanfaatkan bagi sesuatu ruang, lokasi kawasan dan penempatan  dengan projek tanaman pokok dan tumbuh-tumbuhan sebagai platform bagi memangkin alam lestari hijau.

Di dalam Premis Bangunan

Sekitar Luar Premis Bangunan

Di Perbandaran

Kawasan Parkir Kenderaan

Dataran

Kawasan Rizab Tanah

Persiaran Pejalan Kaki

Taman Perumahan

Kawasan Rekreasi

Sekitar Pasar Raya

Pembahagi Jalan

Pusat Khidmat Setempat

Padang Permainan

Kawasan Industri

Sekitar Pejabat Awam

Sekitar Institusi Pendidikan

Komuniti Bandar

Halaman Masjid / Rumah Ibadat

Stesen Perhentian

Pusat Sukan

Persisiran Jalan Raya

Persisiran Sungai

Persisiran Kolam / Tasik

Kawasan Ladang

Pusat Peranginan

Halaman Dewan Rukun Tetangga

Jalan ke Kampung

Sekitar Mercu Tanda

Sepanjang Tebatan Banjir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *