PPSM » TMK
Tags:

KELAS KOMPUTER TADIKA

Comment

TMK

16 Okt 2014 – Kelas Komputer untuk Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) 4, 5 dan 6 Tahun Pusat Pelajar Islam (PPI) telah diadakan secara bersiri bertempat di Makmal E-Learning Al Khawarizmi dan Makmal E-Learning Al Biruni, PPSM. Program ini dijayakan secara bersama di antara PPSM dan PPI bagi mendedahkan murid-murid dengan modul Teknologi Maklumat dan ICT di peringkat asas yang memberi pengetahuan berkaitan perkakasan, kemahiran menggunakan komputer, penggunaan aplikasi perisian peringkat awal kanak-kanak dan penggunaan interaktif multimedia yang menghiburkan.

Fasilitator Shahrin Rizlan Mohd Yusof berkata, penerimaan dan penyampaian murid-murid TADIKA PPI dalam program ini amat memberangsangkan dan keseluruhan peserta menunjuk minat tinggi terhadap penggunaan komputer sebagai medium pembelajaran, pengetahuan dan interaktif multimedia. Siri kelas komputer telah berjalan secara mingguan bermula Januari dan berakhir pada Oktober 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *