KEM NUANSA TARBIYATUL INSAN 1.0

Comment

NUANSA

22 Dis 2015 – Bagi memanfaatkan cuti persekolahan akhir tahun 2015, PPSM menganjurkan Kem Nuansa Tarbiyatul Insan 1.0 (NUANSA) di peringkat rendah. Kem ini dijalankan selama dua hari dengan penerapan tarbiyatul akhlak dan nilai-nilai Islam. Seramai 17 peserta telah berjaya mengikuti Kem ini dengan pendekatan modul Amali Ibadah, Titipan Adab, Telusuri Sirah, Motivasi Inspirasi, Interaktif Insan dan Riadhah Muslim.

Penyelaras program tersebut, Sdr. Faisal Haji Mohamed menyatakan generasi anak-anak perlu dipersempatkan dengan pengukuhan jati diri, contoh teladan yang baik, pengetahuan agama, adab murni, kemahiran dan kreativiti yang dapat membangun diri secara berterusan. Ini termasuklahah dengan diberi pendidikan dan pembentukan peribadi dalam proses pembesaran mereka. Melalui Kem NUANSA, PPSM telah memanfaatkan ilmu A.F. Ustaz Nazrin Mohd Surajudin sebagai penceramah jemputan dalam slot ‘Iman Memacu Diri’.

Kem ini melabuhkan tirainya pada jam 2.45 petang pada hari kedua dengan sesi #Tag World of Islam sebagai penutup program, iaitu slot aktiviti yang menggambarkan Islam sebagai agama keamanan, toleransi dan harmoni.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *