PPSM » TMK
Tags:

KLINIK CELIK ICT

Comment

TMK

19 Apr 2015 – Seramai 5 peserta peringkat sekolah rendah telah disenaraikan bagi menyertai Klinik Celik ICT yang diadakan di PPSM. Klinik Celik ICT yang dianjurkan ini mengisikan aktiviti para peserta dengan pengenalan perkakasan komputer, penggunaan internet, aplikasi multimedia dan slot pembentangan kreativiti. Melalui modul perkakasan komputer, ia memberi maklumat tentang komponen-komponen berkaitan dengan CPU, Monitor, Keyboard, Mouse dan Speaker bagi melengkapkan pemasangan sebuah set komputer.

Penggunaan aplikasi internet mendedahkan pelajar mengenai pengenalan e-mel sebagai penghantaran mesej/surat elektronik dan enjin carian sebagai medium capaian maklumat serta bagaimana menggunakan ia dengan cara bermaklumat dan selamat. Melalui modul multimedia, para peserta dicaknakan dengan aplikasi pembentangan perisian media yang mengandungi teks, objek, grafik, animasi dalam Projek Pengenalan Latar Diri. Akhirnya dalam slot pembentangan kreativiti, para pelajar beridealisme menggarapkan nama-nama bagi komponen ICT dan fungsinya melalui sebuah lukisan kreatif komputer yang dihasilkan. Bukan semua anak-anak dengan keluarga mereka mempunyai komputer di rumah. Sekurang-kurangnya Klinik Celik ICT yang diorganisasikan ini membantu peserta celik akan teknologi maklumat dan komunikasi di peringkat asas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *