LAWATAN KE PEJABAT RISDA NEGERI PERAK

Comment

LAWATAN

15 Dis 2016 – Satu program lawatan ilmiah warga PPSM telah diadakan kepada Pejabat RISDA Negeri Perak. Ketibaan warga PPSM seramai sembilan anggota pada jam 11.00 pagi telah diraikan oleh pegawai dan staf RISDA dengan sambutan penuh mesra. Sebagai landasan pencerahan, tujuan lawatan ini untuk mendapatkan pendedahan berkaitan maklumat, produk, penyelidikan & pembangunan (R&D) dan aktviti pameran/galeri oleh Pejabat RISDA Negeri Perak.

Dimulakan dengan sesi suai kenal antara warga PPSM dengan warga RISDA, program diteruskan dengan sesi taklimat penerangan dan pengembangan RISDA oleh Pn. Noor Hazreyanti Sohri. Keberadaan RISDA sejak zaman-berzaman adalah bagi membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan aktiviti komersil. Seterusnya lawatan ke bahagian-bahagian telah diadakan di bangunan RISDA yang tersergam indah, terletak berhampiran laluan Lebuhraya Utara Selatan.

Acara program lawatan diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan bergambar bersama warga PPSM dengan anggota RISDA. Warga PPSM mengucapkan terima kasih kepada Pejabat RISDA Negeri Perak kerana berbesar hati dalam menerima kunjungan lawatan ini. Semoga melalui program lawatan ini ia dapat mengeratkan silaturrahim warga institusi PPSM dengan warga Pejabat RISDA Negeri Perak di samping menambah penghayatan ilmu dan pengalaman berharga buat warga PPSM.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *