Tags:

MAJLIS ‘IDILFITRI WARGA PPSM-PPI-KPIP

Comment

PERAYAAN TITIPAN UKHUWWAH

31 Jul 2015 – PPSM pada tahun ini berperanan menjadi tuan rumah bagi mengadakan Majlis ‘Idilfitri Warga PPSM-PPI-KPIP. Majlis yang diadakan sebelah malam di perkarangan PPSM telah berjaya menghimpunkan keluarga besar PPSM-PPI-KPIP yang terdiri daripada anggota keluarga staf, exco-exco KPIP, guru-guru dan anak-anak murid yang datang dari jauh dan dekat.

Presiden KPIP, A.F. Ustaz Khairil Amri Abdul Rahman dalam ucapannya di Majlis tersebut, mengalu-alukan majlis ‘Idilfitri ini diadakan dan mengharapkan ukhuwwah dan ikatan kekeluargaan sentiasa bersemi seadanya. Katanya lagi, Syawwal yang menjelma saban tahun bukan sahaja sebagai simbolik hari perayaan Muslim semata-mata, tetapi ia ditandai dengan hikmah dan makna luas bagi meraikan kemenangan umat Islam seantero dunia setelah melaksanakan ibadah puasa selama sebulan dan menginsafi saudara-saudara melalui cabaran getir di luar sana.

Pelbagai juadah hari raya seperti ketupat, lemang, sate dan kuih-muih dihidangkan dengan semangat suasana muhibbah dan mesra di kalangan warga PPSM-PPI-KPIP. Acara majlis kemudiannya disusuli dengan sumbangan duit raya kepada anak-anak yang hadir, disampaikan sendiri oleh A.F. Ustaz Haji Mohamed Hilmi Haji Abdullah, Mudir Pusat Pelajar Islam (PPI). Majlis turut dimeriahkan dengan pemotongan ‘Kek Ceria ‘Idilfitri’.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *