Tags:

MENERIMA KUNJUNGAN PBBBK

Comment

LAWATAN TITIPAN UKHUWWAH

3 Okt 2016 – PPSM telah menerima kunjungan Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda (PBBBK) Wilayah Persekutuan Labuan. Ia merupakan kunjungan PBBBK kepada Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) di mana institusi PPSM termasuk dari acara program sehari lawatan PPPBK tersebut.

Dalam kunjungan ini, seramai 12 orang jawatankuasa PBBBK telah diraikan oleh kepimpinan KPIP yang tiba di Sekretariat KPIP jam 11.00 pagi. Dalam program ini, Ustaz Khairil Amri Abdul Rahman selaku Presiden KPIP mengalu-alukan kedatangan PBBBK. PBBBK sebelum ini merupakan pemenang Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2015, bagi Kategori Persatuan sempena Majlis Anugerah Perdana Belia 2015 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Kunjungan rombongan PPPBK kepada KPIP bertujuan bagi mengadakan perkongsian maklumat, mengerat hubungan persaudaraan antara NGO dan mendalami pengetahuan berkaitan perjalanan KPIP dalam 5 dasawarsa di persada masyarakat yang mana KPIP pernah dinobatkan Johan Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Perak 2013; Johan Anugerah Perdana Persatuan Belia Peringkat Negeri Perak 2008; Johan Anugerah Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2008; dan Johan Anugerah Perak Belia Komanwel 2008/2009 (Peringkat Asia).

Pengerusi PBBBK, Sdri. Nurazimah Anuar merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada AJK KPIP atas kesudian menerima kunjungan PBBBK. Beliau kemudiannya memperincikan PBBBK dengan jawatankuasa semasa dan aktiviti yang dijayakan. Katanya lagi, hubungan pertubuhan di antara Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung merupakan sesuatu pengalaman berharga untuk terus disemikan. Ustaz Khairil Amri Abdul Rahman dalam ucapannya sangat berbesar hati menerima kunjungan PBBBK dan yang pertama seumpamanya pertubuhan dari luar semenanjung berkunjung kepada KPIP Pusat. Beliau mengetengahkan bahawa hubungan KPIP yang sentiasa terjaga baik dengan ahli dan NG; pengelolaan program secara kesepaduan di samping menguruskan organisasi dalaman secara tersusun dan istiqamah merupakan antara resepi bagi memberdayakan KPIP mengakar kuat hari ini. Dalam pada itu, Sdr. Faisal Haji Mohamed yang juga jawatankuasa Kepimpinan KPIP menyampaikan pengenalan KPIP kepada rombongan PBBBK dengan memperihalkan KPIP dalam susur-galur sejarah, organisasi, kepimpinan dan citra KPIP di masa depan.

Kunjungan PBBBK diakhiri dengan lawatan ke institusi-institusi milik KPIP, Pusat Pintar Sains & Matematik (PPSM) dan Pusat Pelajar Islam (PPI) yang terletak bersebelahan.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *