Tags:

PEMBUKAAN KAFA MENENGAH

Comment

KAFA MENENGAH

5 Apr 2021 – Kelas KAFA  Menengah PPI telah meniti kejayaan apabila diadakan hari ini bertempat di PPSM dengan bermula seramai 4 orang pelajar Tingkatan 1.  KAFA atau nama penuhnya Kelas Al Quran dan Fardhu Ain Peringkat Menengah ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) (JAPk/PEL/70/5/9 (80) – 11/12/2020) untuk dilaksanakan dan ia merupakan program bagi memperkukuhkan pendidikan Islam merangkumi amalan Fardhu Ain dan membentuk keperibadian muslim serta berpengetahuan agama.

Melalui kelas ini,  kesinambungan KAFA Rendah seperti mana yang telah diadakan sebelum ini dapat diteruskan  dan diserakkan ke peringkat menengah supaya ilmu Fardhu Ain dan nilai-nilai pentarbiyahan Islam tidak terhenti begitu sahaja kepada anak-anak peringkat sekolah rendah. Proses ini dimantapkan dengan pendidikan Islam secara berterusan mengikut susunan format silibus yang disediakan oleh JAIPk manakala mereka terus mendapat pendidikan di formal di sekolah. Penyertaan  pelajar  peringkat menengah ini seterusnya mendidik insan bekemahiran dengan bacaan solat, doa harian, menghafaz surah dan mencelik tadabbur Al-Quran. Antara silibus yang dititipkan di sini ialah Aqidah, Ibadah, Al Quran, Hafazan, Adab dan Amali Solat. Kelas pengajian adalah dibuat 3 kali seminggu (Isnin, Selasa & Khamis) dan ketika ini diadakan di PPSM pada sesi pagi dan sesi petang.

Pendaftaran adalah masih dibuka. Bagi ibu bapa yang ingin mendapat keterangan lanjut dan berminat mendaftarkan anak-anak dalam program KAFA Menengah ini, boleh berhubung dengan Puan Ustazah Nurliana di talian 019-4046285.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *