ANUGERAH KHAS BELIA KERAJAAN NEGERI PERAK 2015

Comment

PENGHARGAAN

Tokoh Anugerah Khas Belia Kerajaan Negeri Perak 2015
sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Perak 2015

26 Apr 2015 – PPSM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Rahman Najib b. Haji Mohd Noor yang telah diberi pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Khas Belia bagi Kategori Tokoh Jasa Belia daripada Kerajaan Negeri Perak sempena Hari Belia Peringkat Negeri Perak 2015 baru-baru ini. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry b. Abd. Kadir bertempat di Kompleks Belia & Sukan Negeri Perak, Ipoh. Kecekalan dan kegigihan insan bernama Abdul Rahman Najib dalam menyumbang bakti kepada masyarakat amat dihargai. Sejak di peringkat pelajar/belia, beliau merangsangkan paltform berpersatuan, pertubuhan dan institusi pendidikan sebagai pendekatan dalam menggerakkan kegiatan dakwah, aktivisme, kemasyarakatan dan penyuburan ilmu tanpa mengenal lelah dan jemu bagi melihat ketinggian peradaban bangsa, agama dan watan.

Beliau aktif dalam memberi pandangan dan idea serta praktikal dalam mensolusi sesuatu isu demi kemajuan ummah. Keanggotaannya dalam Majlis Belia Negeri Perak, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada suatu ketika dahulu sehingga pernah memegang amanah sebagai YDP Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) pada tahun 1980-an memperlengkapkan dimensi pakej kepimpinan beliau. Malah beliau merupakan orang penting dalam menerajui penciptaan logo Majlis Belia Negeri Perak yang digunakan sehingga pada hari ini.

Beliau kini merupakan guru kanan di institusi Madrasah Idrisiah, Bandar DiRaja Kuala Kangsar di samping memegang peranan sebagai Ahli Syura Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP), Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM-KPIP), Setiausaha Lembaga Pengarah Pusat Pelajar Islam (PPI-KPIP) dan Jawatankuasa Pembangunan Institusi & Pendidikan Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP). Semoga dengan anugerah ini, memotivasi diri beliau untuk terus merencana, mencurah bakti dalam kelangsungan pembinaan ketinggian  ummah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *