Tags:

PENGKULIAHAN ILMU – AMALAN 5S

Comment

PENGKULIAHAN ILMU

3 Dis 2015 – Pengkuliahan ilmu – Amalan 5S telah dibentangkan oleh En. Faisal Haji Mohamed, Pegawai Khidmat Profesional bertempat bilik seminar Al-Jazari, PPSM. Program ini telah diikuti oleh staf PPSM bagi mendapat pemahaman berkaitan Amalan 5S yang kini dominan dan terus menjadi amalan budaya dalam pelbagai peringkat jabatan, agensi, pusat, institusi dan korporat.

Amalan 5S merupakan merupakan lambang bagaimana kaedah pengurusan  dapat dijalankan secara sihat dan selamat serta bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Amalan 5S berasal dari Jepun, diilhamkan oleh pihak industri automotif Toyota, bagi membentuk pengurusan persekitaran tata kerja yang lebih baik. 5S bermaksud seiri – sisih;  seiton – susun,  seiso – sapu seiketsu – seragam  dan shitsuke – sentiasa amal.  Kelima-lima metod ini perlu menjadi amalan dalam budaya kerja oleh anggota/kakitangan secara berterusan bagi membentuk imej positif institusi.

En. Faisal dalam penyampaiannya berkata, 5S yang dipraktikkan bukan sahaja tertumpu di dalam aktiviti harian pejabat tetapi turut diamalkan di luar persekitaran pejabat dan ianya akan berjaya apabila semua anggota institusi memberi komitmen, sama-sama berpartisipasi dan memahami konsep 5S tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *