Tags:

PERASMIAN INSTITUSI PUSAT PINTAR SAINS DAN MATEMATIK (PPSM)

Comment

PERASMIAN

23 Feb 2013 ― Pada hari Sabtu, 23 Februari 2013 bersamaan 12 Rabiulakhir 1434, maka bermula sejarah penubuhan Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM) di dua (2) buah bangunan kerajaan di Jalan Dato’ Seri Sha’ari, Ipoh. Perasmian ini disempurnakan oleh Exco Perak, Y.B. Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau dalam ucapan perasmiannya mengalu-alukan sebuah pusat kecemerlangan ilmu yang seumpama ini didirikan dan berharap kehadiran PPSM di tengah-tengah kepesatan bandar mampu melonjak pendidikan yang dapat membantu masyarakat menimba pengetahuan dari semasa ke semasa melalui program yang dianjurkan oleh institusi ini.

Dalam majlis bersejarah ini, Y.B. Dato’ Mohammad Zahir telah menandatangani plak perasmian PPSM dan telah dibawa melawat Pameran Sains, Program Pencerapan Matahari, Bilik Aktiviti Perkembangan dan Potensi Pelajar, Simulasi Roller Coaster Fizik dan Galeri KPIP.  Di samping itu, terdapat seminar Sains diadakan di ruang halaman khas PPSM bagi para pelajar yang datang dari beberapa sekolah di daerah Perak dengan orang ramai yang hadir mendapat pencerahan keilmuan tersebut. Turut serta dalam Majlis ini ialah Y.Bhg. Tuan Mohd. Nazaruddin b. Mohd. Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif K-Perak;  Y.Bhg. Puan Haliza bt. Sipun, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK; Y.Bhg. Dr. Ahmad Fadzli b. Haji Ahmad Tajuddin, Pengurus Besar Yayasan Perak dan YBhg. En. Aswannudin b. Hariffudin, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak.

Bagi pihak Jawatankuasa Pengelola Penubuhan PPSM, Barisan Kepimpinan KPIP dan Jawatankuasa Sambutan Perasmian PPSM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak, K-Perak, Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk), Jabatan Mufti Negeri Perak dan Yayasan Perak dalam menjayakan misi penubuhan, pembangunan dan kelengkapan prasarana dan aktviti di Pusat Pintar Sains dan Matematik. Alhamdulillah, dengan terhasilnya pusat kecemerlangan ilmu PPSM ini, ia merupakan institusi kedua yang ditubuh di bawah Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) selepas kejayaan penubuhan institusi Pusat Pelajar Islam (PPI) pada tahun 1991.

 

   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *