PERTEMUAN K-PERAK DENGAN PPSM-KPIP

Comment

JALINAN KERJASAMA KUNJUNGAN ORGANISASI PROGRAM

22 Sep 2015 – Suatu mesyuarat bersama telah diadakan di PPSM, lanjutan siri pertemuan dengan K-Perak sebelum ini dan kali ini ia sangat teristimewa kerana PPSM menerima kehadiran sosok tetamu Y.Bhg. Tuan Nazaruddin Mohd Yusof (Ketua Pegawai Eksekutif K-Perak) ke PPSM.

Dalam pertemuan suasana harmoni ini, beberapa perkara telah dibincangkan ke arah melakar kerjasama PPSM-KPIP dengan K-Perak dalamĀ  merencana program bersifat pendidikan dan aktiviti bersifat pintar sains.

Y.Bhg. Tuan Nazaruddin dalam kunjungan ini amat mengalu-alukan program seumpama ini dapat dijayakan dan mengharapkan ia sebagai pemangkin pengembangan PPSM-KPIP dan seterusnya dapat memanfaatkan pengetahuan, kemahiran, idealisme dan penggilapan potensi pelajar bagi masyarakat di luar sana.

Dalam pada itu, A.F. Ustaz Hilmi, sebagai Penasihat PPSM yang mempengerusi bersama mesyuarat itu memberi maklum balas dengan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian beliau melapangkan masa dan mengadakan kunjungan kepada PPSM. Kerjasama ini boleh diertikan menyemai wadah koloborasi K-Perak sebagai agensi kerajaan negeri Perak mewarnai nilai-nilai kebersamaan bersama PPSM-KPIP dan masyarakat.

Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah En. Airul Azhar, Ustaz Khairil Amri (Yang Dipertua KPIP), Tuan Haji Abdul Rahman, Ustaz Anwar El Syazalli, Tuan Haji Rostam, Sdr. Ahmad Shah dan Sdr. Faisal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *