PERTEMUAN DENGAN CEO K-PERAK

Comment

JALINAN KERJASAMA

22 Jan 2015 – Satu pertemuan telah diadakan pada hari Khamis, 1 Rabiulakhir 1436, jam 4.30 petang di pejabat K-Perak, Meru Raya, Ipoh. Pertemuan di antara CEO K-Perak, Y.Bhg. Tuan Mohd Nazaruddin b. Mohd Yusoff dengan Kepimpinan KPIP dan Jawatankuasa Pendidikan Institusi KPIP adalah bagi menjalinkan program usaha bersama mengangkasakan bidang pendidikan antara KPIP dengan K-Perak, khususnya Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM), sebuah institusi kedua milik KPIP.

Pertemuan ini sebagai platform dalam melonjakkan bidang pendidikan sebagai sebuah pelaburan jangka masa panjang yang dapat menggilapkan kecemerlangan dalam bidang keilmuan di samping menjana pembentukan insaniah. Hasil dari perbincangan positif ini insya-Allah, ia dapat memacu PPSM sebagai pusat perkembangan ilmu di tengah-tengah bandar raya Ipoh yang dapat memaknai pelajaran dan pendidikan untuk dimanfaati lapisan sasaran masyarakat.

K-Perak merupakan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak yang ditubuhkan sejak tahun 2006 yang menerokai bidang kepakaran, pembangunan dan khidmat nasihat dalam lapangan teknologi maklumat yang mampu melonjak negeri Perak berasaskan e-pengetahuan.


Bacaan doa di majlis mesyuarat K-Perak dengan KPIP


Kepimpinan KPIP bergambar bersama CEO K-Perak, Y.Bhg. Tuan Nazaruddin b. Mohd. Yusoff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *