PPSM » PINTAR AKADEMIK

PINTAR AKADEMIK

 

PINTAR AKADEMIK diilhamkan sebagai suatu usaha yang dapat memberi manfaat kepada anak-anak di sekitar Ipoh. PINTAR AKADEMIK distruktur sebagai program bimbingan kelas bagi menjana keterampilan para pelajar dengan ilmu, pengetahuan melalui bimbingan pembelajaran di luar waktu sekolah. Pintar Akademik telah dimulakan pada bulan Disember 2014 iaitu menyaksikan sekumpulan pelajar menimba bimbingan pembelajaran kelas sempena cuti persekolahan hujung tahun. Pada tahun 2015, KPIP-PPSM telah menjalinkan usaha bersama dengan K-Perak, sebuah agensi kerajaan negeri Perak bagi mengadakan Pintar Akademik. Manakala pada tahun 2017, KPIP-PPSM  telah menjalinkan kerjasama dalam program ini dengan Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk) yang dikenali dengan nama Pintar Akademik Waqaf Ilmu – Mumtaz (Waqaf Perak Ar-Ridzuan).

Melalui program yang dijalankan, Pintar Akademik telah memberi peluang pelajar dari beberapa daerah Ipoh menimba pendidikan di luar waktu sekolah sebagai akademik tambahan di samping mendapat pendidikan formal di sekolah. Program ini dimantapkan dengan pembentukan insaniah para pelajar bagi menjana dimensi anak-anak dengan nilai-nilai murni dan pembinaan akhlak terpuji.