PPSM SEBAGAI PUSAT PENILAIAN UNTUK PERTUBUHAN KPIP KE PERINGKAT PERDANA

Comment

LAWATAN PENGHARGAAN PENILAIAN

18 Mei 2013 – Satu kunjungan, lawatan dan penilaian telah diadakan pada 26 Februari 2013 di mana PPSM sebagai pusat untuk penilaian bagi pencalonan pengiktirafan pertubuhan Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak KPIP) ke peringkat perdana oleh Jawatankuasa Penilaian dari Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak dan Kementerian Belia & Sukan. Penilaian ini  bagi menelusuri, menyemak dan menilai bagi organisasi, pengurusan, perjalanan, trek rekod dan pengembangan KPIP yang hampir mencecah 5 dasawarsa sebagai pertubuhan (NGO) aktif di negeri Perak ini.

Dalam penilaian ini, Yang Dipertua KPIP, Sdr. Ahmad Shah Haji Mohamad Salleh telah melakukan pembentangan mengenai KPIP kepada Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada lima anggota jawatankuasa yang hadir pada hari tersebut. Seterusnya, Jawatankuasa Penilai ini telah dibawa melawat aktiviti dan pameran yang dikendalikan KPIP. Turut serta dalam hari penilaian tersebut adalah Pengerusi Majlis Belia Negeri Perak, A.F. Ustaz Khairul Anwar El-Syazalli Musa; Pengasas KPIP, A.F. Ustaz Haji Mohamed Hilmi Haji Abdullah; Exco-Exco KPIP; guru-guru dan warga anggota KPIP.

Berikutan dengan penilaian ini, Alhamdulillah KPIP telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Belia Perdana Bagi Kategori Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Perak 2013 sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Perak. Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir bertempat di Dataran Jabatan Kerja Raya (JKR), Sungai Siput. Setinggi-tinggi penghargaan kepada KPIP di atas anugerah tersebut yang sekali gus membawa pulang Hadiah Wang Tunai RM10,000, Sijil Penghargaan dan Plak Cenderamata.

 

        

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *