PPSM TERIMA 8 PELAJAR BERASRAMA PENUH IKUTI PINTAR AKADEMIK

Comment

PINTAR AKADEMIK

28 Dis 2015 – Sempena Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2015, PPSM telah menerima 8 pelajar sekolah berasrama penuh bagi memanfaat musim cuti untuk mengikuti program Pintar Akademik. Dari jumlah tersebut, tujuh daripadanya adalah para pelajar yang akan naik ke tingkatan 3 dan satu daripadanya ialah pelajar yang akan naik ke tingkatan 5. Mereka yang tinggal di sekitar Ipoh itu merupakan pelajar dari Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah (Ipoh), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) (Ipoh), Sekolah Izzuddin Shah (Ipoh) dan Madrasah Idrisiah (Kuala Kangsar). Di samping itu terdapat dua pelajar sekolah harian mengikuti program ini.

Program Pintar Akademik merupakan kelas bimbingan berorientasikan akademik anjuran bersama institusi PPSM dengan K-Perak yang mengetengahkan subjek-subjek seperti Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Biologi di peringkat menengah. Seorang pelajar yang bernama Arif Akmaluddin berkata, sesi kuliah yang dijalankan ini banyak membantu diri dia dalam memantap keilmuan di samping mengisi masa terluang di musim cuti sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *