PROGRAM SERONOK SAINS, ICT DAN MATEMATIK (PROSIM)

Comment

PROSIM

6 Sep 2015 – Program Seronok Sains, ICT dan Matematik (PROSIM) yang dilaksanakan telah mendapat sambutan hangat daripada ibu dan bapa/keluarga yang menghantar anak-anak mengikuti program ini. PROSIM yang dijalankan ini mengambil penyertaan para pelajar seramai 151 orang bermula 7 – 12 tahun (darjah 1 – 6) yang diadakan selama dua hari (5 dan 6 September 2015) bertempat di Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM), Ipoh.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSM, Tuan Haji Abdul Rahman Najib Haji Mohd. Noor, berkata kemunculan institusi PPSM adalah bagi memacu kecemerlangan ilmu. Inisiatif PPSM mengadakan PROSIM secara usaha bersama dengan K-Perak merupakan kaedah bagi menyemai anak-anak mencintai Sains, ICT dan Matematik di peringkat awal agar bidang ini dapat memperkukuhkan penghayatan pengetahuan di kalangan para pelajar.

Antara pengisian program PROSIM ialah aktiviti seronok Sains, ICT, Seminar Sifir Magik bersama En. Bohari Mohamad dan lawatan sambil belajar ke Muzium Geologi, Ipoh. Slot ‘Sua Ceria Jalur Gemilang’ juga diadakan bagi memeriahkan anak-anak mewarnakan Jalur Gemilang sempena meraikan Kemerdekaan Malaysia dan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini.

Majlis disempurnakan perasmian penutupnya oleh Y.Bhg. En. Azzubayani b. Abu Bakar mewakili Y.Bhg. Tuan Nazaruddin b. Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif K-Perak yang diadakan pada hari Ahad (Hari Kedua PROSIM)), jam 2.30 petang. Pada majlis tersebut, hadirin terdiri ibu bapa, keluarga dan anak-anak dibawa mengikuti ucapan perasmian, penyampaian sijil kepada para peserta dan penelusuran ‘Semarak PROSIM’, iaitu sebuah montaj yang mempertontonkan kepada orang ramai berkenaan pelbagai pengisian program yang dijayakan selama 2 hari tersebut.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *