PROJEK SAINS BOTANI

Comment

SAINS BOTANI

22 Mac 2017 – Pada cuti pertengahan penggal pertama, satu program dinamakan Projek Sains Botani telah diadakan di PPSM. Program yang diadakan ini bagi memanfaat cuti persekolahan dengan aktiviti Sains Pertanian. Melalui program ini, kumpulan para pelajar tingkatan 3 telah mengikuti aktiviti ini dengan dimulai tontonan Multimedia berkaitan dengan Fotosintesis yang telah diadakan di Bilik Seminar Al-Jazari, PPSM.

 

 

Fotosintesis ialah proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (dalam bentuk glukosa) dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari. Tumbuhan ini menggunakan cahaya matahari untuk memecahkan molekul air melalui proses fotolisis air untuk menghasilkan molekul oksigen untuk dibebaskan ke alam. Penghasilan oksigen dari tumbuhan merupakan sumber penting bagi manusia dan haiwan di bumi mendapat bekalan udara untuk hidup.

  

Para pelajar berpatisipasi dan mendemonstrasikan tanaman benih bendi, jagung dan tomato

Dari tontonan multimedia, para pelajar selepas itu sama-sama berpartisipasi dalam kegiatan penanaman benih melalui penyediaan keperluan pasu, tanah, benih, air, penyodok, pisau, gunting, masking tape dan sarung tangan. Antara benih agro yang dilestarikan ialah bendi, tomato dan jagung. Para pelajar mendemonstrasi dengan memasukkan tanah dalam pasu pvc, kemudian menanamkan benih dan diakhiri dengan siraman air. Setiap pasu yang ditanam dengan benih akan dilabel dengan nama tumbuhan tersebut. 3 pasu berisi benih bendi, tomato dan jagung tadi  seterusnya diberi kepada para pelajar untuk dibawa balik bagi melihat perkembangan tunas tumbuhan dalam masa beberapa hari dengan pemantauan air cukup, pengudaraan elok dan pencahayaan baik.

Ia secara langsung dan tidak langsungnya menyemai kempen 1 keluarga 1 tani melalui pembenihan tumbuhan yang boleh dilestarikan di kediaman rumah. Manakala sejumlah pasu pvc berisi benih bendi ditinggalkan di PPSM sebagai suatu projek tanaman mini herba di sini. Seorang peserta bernama Nur Humaira Azizi mencerminkan Projek Sains Botani yang diadakan memupuk semangat penghargaan tumbuhan yang banyak memberi naungan, nikmat dan khasiat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *