PPSM » PROSIM

PROSIM

 

PROSIM merupakan ringkasan kepada Program Seronok Sains, ICT dan Matematik, sebuah aktiviti yang bersifat ilmiah, santai, menyeronokkan dan merangsangkan minat terhadap dalam bidang Sains, ICT dan Matematik. PROSIM yang diadakan ini dapat mengekspresi diri sebagai landasan bagaimana seseorang itu dapat memerhati, mempelajari, mengkaji, mencerakin, menekuni, mencipta, mengolah, mendidik, menghargai dan menyubur bakti bagi membina insan yang dinamik.

Melalui strategi dan modul-modul yang diketengahkan ini, usaha ini dapat menimbul semangat di kalangan anak-anak bagi mencintai Sains, Matematik, ICT, teknologi, reka cipta dan inovasi. Ia seterusnya menjadikan bidang-bidang ini sebahagian daripada lonjakan kecemerlangan anak-anak dalam menyemai, membina, mengaplikasi dan merintis tanpa rasa ragu-ragu, fobia atau perasaan jemu berorientasikan PROSIM sebagai syiar penyuburan pengetahuan, penggilapan kemahiran, pengolahan idea dan cetusan bakat yang berguna.