PROSIM 2014

Comment

PROSIM

27 Sep 2014 – Program Seronok Sains ICT Matematik (PROSIM) pada tahun ini telah berlangsung pada 26-27 September dengan penyertaan seramai 40 orang peserta. Pada sesi kali ini PROSIM dijayakan dengan pendekatan Mentor-Mentee iaitu satu Mentor untuk satu kumpulan pelajar. Para peserta musim ini terdiri daripada murid-murid PPI, Al-Hidayah, anak-anak warga Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan anak-anak Institut Teknologi Perak (ITP). Mentor pula diambil di kalangan Fasilitator yang terdiri daripada pelajar Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JMTK) Politeknik Ungku Omar (PUO). Ia merupakan suatu kerjasama berpasukan di antara PPSM-KPIP dengan JMTK PUO bagi membentuk sifat kesukarelawan dalam lapangan kemasyarakatan.

Beberapa aktiviti menarik telah diadakan iaitu reka cipta, simulasi, pembentangan, kerja berpasukan, inovasi kumpulan, tangkas ICT serta program riadah di halaman. Pada hari berikutnya, rombongan lawatan peserta ke Taman Herba, Simpang Pulai telah diadakan. Di sana para peserta didedahkan dengan eksplorasi pelbagai jenis tumbuhan yang mempunyai pelbagai nama saintifik, khasiat dan manfaaat yang memberi makna kepada sumber perubatan dan kesihatan untuk manusia.

PROSIM yang telah dijalankan selama 2 hari ini berperanan menggarapkan pembentukan peserta dalam meminati Sains, ICT dan Matematik serta membentuk keperibadian generasi berilmu.

 

 

                                                    

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *